alat-alat peralatan berat peralatan caterpillar alat-alat trak punggah euclid
alat-alat terex
peralatan berat volvo
 

Midwest Industrial Sales merupakan peneraju pembekal alat-alat baru dan komponen binaan semula untuk banyak jenama peralatan berat. Kami mengkhusus dalam alat-alat untuk Caterpillar, Euclid, Terex dan Volvo. Kami menawarkan alat-alat asli baru, alat ganti/ selepas pasaran berkualiti tinggi, dan komponen terkilang dan terbina semula sepenuhnya untuk pembeban roda, kerangka tegar dan trak pelonggok bersendi, pemampat pergerakan tanah dan pengikis motor. Semua komponen binaan semula kami diceraikan sepenuhnya, dibersihkan dan diperiksa dengan rapi, dan dibina semula mengikut spesifikasi kilang. Semua alat-alat ganti kami adalah alat yang paling berkualiti tinggi daripada Penjual OEM. Kami hanya membekalkan alat-alat yang akan kami gunakan dalam pembinaan semula berjaminan kami sendiri. Buat masa ini kami mengeksport ke lebih daripada 50 buah negara, dan mempunyai pengalaman pengeksportan untuk menghantar alat-alat anda tepat pada masanya dan dengan cara yang memudahkan anda, pelanggan kami.

Alat-alat Terex - Midwest Industrial Sales merupakan pengedar sah bagi alat-alat Terex. Kami boleh membekalkan alat asli baru bagi semua jenis dan model trak pembeban, pengikis dan pemunggah Terex. Kami juga mempunyai banyak komponen dalam stok seperti pembeza, pasangan planet/ pacuan akhir, silinder hidraulik, pam, injap dan banyak lagi.

Alat-alat Caterpillar - Midwest Industrial Sales merupakan peneraju pembekal alat-alat ganti untuk peralatan Caterpillar. Semua alat-alat kami adalah alat ganti yang berkualiti tinggi dan mempunyai jaminan 6 bulan untuk memastikan anda mendapat alat yang anda perlukan dengan kos yang rendah dari kilang. Kami membekalkan alat ganti dan alat asli Cat untuk semua jenama peralatan berat Caterpillar.

Alat-alat Volvo - Midwest Industrial Sales boleh menyediakan alat-alat volvo asli dan baru untuk industri peralatan berat, juga komponen binaan semula yang berkualiti. Kami mengkhusus dalam semua saiz pembeban roda Volvo juga trak pelonggok bersendi.

Alat-alat Euclid - Midwest Industrial Sales terkenal dalam perniagaan ini selama lebih daripada 30 tahun sebagai pembekal alat-alat untuk trak pemunggah Euclid. Daripada 20 tan hinggalah kepada 150 tan, kami boleh menyediakan kedua-dua alat ganti baru dan alat asli untuk semua pemunggah Euclid. Kami mempunyai kebanyakan komponen binaan semula dalam stok kami, bersedia untuk dihantar untuk mesin-mesin ini.

Kami menjemput anda untuk mengunjungi laman web kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang alat-alat peralatan berat kami. Apabila anda melawat laman web kami, semua isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, semua urusan surat-menyurat juga perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Sila klik di sini untuk melawat laman web kami!

Laman Utama - Peralatan - Katalog Dalam Talian - Permintaan Sebut Harga
Kami Beli - Mesin Tercerai - Minta Brosur - Penghantaran - Hubungi Kami
Alat-alat Terex - Alat-alat Euclid - Alat-alat Clark/Michigan - Alat-alat Volvo
Alat-alat Caterpillar - Alat-alat Trak Bersendi - Payhauler - Aneka Alat


Semak mengikut Aplikasi:
Trak Luar Lebuh Raya
Trak Bersendi
Pengikis
Pembeban Roda

 

alat ganti komatsu

alat-alat caterpillar selepas pasaran